...sudut berkongsi ilmu...sudut berkongsi info...sudut bertukar-tukar pendapat & sudut suke-suke...jom follow aku...

Followers

CLICK

Saturday, 21 July 2012

Tips Elakkan Facebook Anda Menjadi Mangsa Hacker


SUMBER : AZRI.MY
ISU : ELAK FB KORG KNE HACK, TIPS NI PN BERGUNA UTK WEB LAIN YG MEMERLUKAN ANDA KEY IN USERNAME & PASSWORD cth online banking..jom bace la k... 

 
Kini ramai orang yang menggunakan laman sosial untuk berhubung antara satu sama lain. Pelbagai perkara dikongsi melalui medium tersebut, malahan ada juga yang menggunakan platform ini untuk aktiviti harian yang bersifat peribadi. Dan pada waktu ini, laman sosial yang paling popular dan paling aktif di dunia adalah Facebook, jenama yang dimiliki oleh jutawan muda Mark Zuckerberg. (baca juga: Sejarah Kewujudan Facebook). click juga DISINI

Malangnya sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah siber telahpun dilaporkan oleh para pengguna terutamanya yang melibatkan pencerobohan identiti di laman web rangkaian sosial terkemuka tersebut, ramai yang menjadi mangsa godaman akibat kecuaian sendiri. Jika nak diikutkan, sekuriti laman sosial Facebook boleh dikatakan top 2 paling sukar untuk diceroboh kerana terdapatnya Kerjasama Antara CIA dan FBI dengan Facebook sendiri.

Tips Elakkan Facebook Anda Menjadi Mangsa Hacker

Salah satu puncanya ialah disebabkan teknik phishing yang digunakan hacker (penggodam) untuk mengelirukan mangsa. Bagi yang tidak tahu phishing ini sebenarnya satu kaedah di mana mangsa diminta untuk memasukkan butiran seperti username dan kata laluan di sesuatu laman web palsu! Contoh seperti gambar di bawah ini, ianya seakan-akan laman web rasmi facebook tapi apabila lihat di URL nya didapati ianya bukan laman web rasmi facebook iaitu http://www.facebook.com.
Dan Tips Elakkan Facebook Anda Menjadi Mangsa Hacker dengan trick ini adalah dengan memastikan setiap URL yang meminta anda memasukkan username dan password adalah URL milik facebook yang sebenar. Jika tidak, jangan sesekali berbuat demikian atau kelak anda menjadi mangsa serangan hacker.


APA ITU PHISHING SITE?

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada pengguna-pengguna online banking.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...