...sudut berkongsi ilmu...sudut berkongsi info...sudut bertukar-tukar pendapat & sudut suke-suke...jom follow aku...

Followers

CLICK

Wednesday 25 July 2012

Cara paling senang untuk beramal melalui Facebook Di Bulan yang mulia ini


Assalamualailum
jom ramai2 kita beramal
mudah je..

                                                                              HERE / DISINI



 Setiap Like, Colgate akan sumbangkn 50sen; setiap Pledge RM3; dan setiap Share RM1!! Ini adalah cara paling mudah untuk buat amal online.. cuma click DISINI



 For every Like, Colgate will contribute 50 sen; every Pledge, RM3; and every Share, RM1! This is the easiest way to do charity online, let's bring some happiness to less fortunate kids with the Mari Beramal Bersama Colgate campaign!Just click HERE

 

SELAMAT BERPUASA & BERAMAL...
 
SEBARKAN BENDA YANG BAIK 1 KEBAIKAN..
 
 

Sunday 22 July 2012

# WATCH # LIKE # SHARE # DONATE #


ASSALAMUALAIKUM
PETANG-PETANG 2 RAMADHAN NI XDE PE NK CITE
JUST NK AJAK KORG TENGOK VIDEO NI # LIKE # SHARE # DONATE

HAL NI BERLAKU DI INDONESIA, TETAPI KT MALAYSIA KITA JUGA BERLAKU

SAVE MARYAM # SAVE ISLAM

-------------------------------------------------------------------------------------


DONATE JUST CLICK HERE
DERMA HANYA KLIK DISINI


Saturday 21 July 2012

Tips Elakkan Facebook Anda Menjadi Mangsa Hacker


SUMBER : AZRI.MY
ISU : ELAK FB KORG KNE HACK, TIPS NI PN BERGUNA UTK WEB LAIN YG MEMERLUKAN ANDA KEY IN USERNAME & PASSWORD cth online banking..jom bace la k... 

 
Kini ramai orang yang menggunakan laman sosial untuk berhubung antara satu sama lain. Pelbagai perkara dikongsi melalui medium tersebut, malahan ada juga yang menggunakan platform ini untuk aktiviti harian yang bersifat peribadi. Dan pada waktu ini, laman sosial yang paling popular dan paling aktif di dunia adalah Facebook, jenama yang dimiliki oleh jutawan muda Mark Zuckerberg. (baca juga: Sejarah Kewujudan Facebook). click juga DISINI

Malangnya sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah siber telahpun dilaporkan oleh para pengguna terutamanya yang melibatkan pencerobohan identiti di laman web rangkaian sosial terkemuka tersebut, ramai yang menjadi mangsa godaman akibat kecuaian sendiri. Jika nak diikutkan, sekuriti laman sosial Facebook boleh dikatakan top 2 paling sukar untuk diceroboh kerana terdapatnya Kerjasama Antara CIA dan FBI dengan Facebook sendiri.

Tips Elakkan Facebook Anda Menjadi Mangsa Hacker

Salah satu puncanya ialah disebabkan teknik phishing yang digunakan hacker (penggodam) untuk mengelirukan mangsa. Bagi yang tidak tahu phishing ini sebenarnya satu kaedah di mana mangsa diminta untuk memasukkan butiran seperti username dan kata laluan di sesuatu laman web palsu! Contoh seperti gambar di bawah ini, ianya seakan-akan laman web rasmi facebook tapi apabila lihat di URL nya didapati ianya bukan laman web rasmi facebook iaitu http://www.facebook.com.
Dan Tips Elakkan Facebook Anda Menjadi Mangsa Hacker dengan trick ini adalah dengan memastikan setiap URL yang meminta anda memasukkan username dan password adalah URL milik facebook yang sebenar. Jika tidak, jangan sesekali berbuat demikian atau kelak anda menjadi mangsa serangan hacker.


APA ITU PHISHING SITE?

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada pengguna-pengguna online banking.


Friday 20 July 2012

20 Fakta Israel Yang Belum Kita Ketahui

salam...
pagi2 ni aku nk kongsi ckit psl 20 fakta israel yg belum kita ketahui..yg dh tahu, tlg sebarkan la ye...

sumber : BLOG AMMAR


1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?


3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400
penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.
8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.
12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……


15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?


17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana
pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.





Barangan Made In Israel boleh diketahui dengan tengok kod bar...

JOM BOIKOT BARANGAN BUATAN ISRAEL

SILA SHARE UNTUK INFORMASI BERSAMA






Thursday 19 July 2012

BUAT DUIT HANYA DENGAN SAYS.COM...MENARIK!!!


SALAM..
PETANG2 NI AKU NK KONGSI KT KORG YG SUKE BUAT DUIT...
CARANYA MUDAH JE DGN SAYS.COM

INI LA WEB  SAYS.COM

CARANYA JUST SHARE LINK IKLAN YG DIBERIKAN...DE ORG CLICK,DUIT MASUK LA...

CARA-CARA NK GUNA: 
1. REGISTER DULU KT  WEB SITE SAYS.COM (click je word says.com sblh ni)...DE BUTTON SIGN UP KN...
2. DH REGISTER, PS2 LOG IN LA...
3. CARI BUTTON "RECOMMENDATION" KT ATAS SKALI MCM KT BWH NI


4. AKAN KELUAR IKLAN2 YG KNE IKLANKN..MCM BWH NI


5. CLICK KT IKLAN...PS2 AKN KELUAR "GENERATE MY UNIQUE URL" KT BWH SEKALI..
6. COPY URL 2 THEN PASTE KT website bitly
UTK PENDEKKN URL KORG YG PJGN LEBAR.
7. COPY LINK KR BITLY 2 THEN PROMOTE LA KT FB KE, TWEETER KE...
8. DE ORG CLICK & TGK LINK KORG 2, KORG AKAN DPT UPAH MCM BWH NI...

ANTARA CONTOH YG AKU BUAT MCM NI...KORG BUAT LA YG LG KREATIF YE...


AKU X KREATIF SGT...KORG BUAT LA SEKREATIF YG BOLEH SMP DE ORG TERTARIK UTK TGK YE...

PE2 PN KORG KENE DARTAR/REGISTER DULU KT SINI YE...

KLA...SEMOGA BERJAYA...

DH BERJAYA..SHARE2 LA POST NI KT KWN LAIN YE...


















ZAMAN BATU : SATU PEMBOHONGAN SEJARAH : BUKTI 1 NEWGRANGE






ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI yg bace blog pagi, SELAMAT PETANG yg bace petang..hihihi..

post ni adalah sambungan dr post yg sebelum-sebelum ini iaitu :

utk post kali ni, aku dptkn sumber rujukan same seperti post ZAMAN BATU : SATU PEMBOHONGAN SEJARAH, tp aku akan nyatakan skali lagi utk korg tahu...

TAJUK BUKU : ZAMAN BATU : SATU PEMBOHONGAN SEJARAH
PENGARANG : HARUN YAHYA

Didalam buku tersebut byk dinyatakan bukti utk membuktikan ZAMAN BATU adalah bohong. jadi post kali ni aku nk tunjukkn 1 bukti iaitu NEWGRANGE. sila korg dpt bace n enjoy k cz aku dh ringkaskan & dh tambah gambar skali... 

NEWGRANGE


  • ia adalah sebuah PEMAKAMAN
  • terletak berhampiran DUBLIN 
  • disepakati telah dibina sekitar 3,200 BC >>> gile lame...
  • ia sememangnya telah usang SEBELUM kewujudan peradaban Mesir dan sebelum kelahiran tamadun BABYLON & CRETAN. >>> perhhhhhhh...
  • kajian menunjukkan ia bkn sahaja tempat sebuah pemakaman, tetapi para perkerjanya MEMPUNYAI PENGETAHUAN MENDALAM TENTANG ASTRONOMI dan memiliki teknik KEJURUTERAAN serta ILMU SENIBINA.
Jom kita tengok dalam segi KEJURUTERAAN.
  • tgk gambar bawah ni...ia memiliki KUBAH bukan??? >>>sape tak tau pe 2 KUBAH, click word KUBAH..

  • mcmane nk buat kubah sebesar itu kalo xde kepakaran. bagi aku yg de sikit ilmu kejuruteraan awam (bembinaan bangunan) ia adalah satu kehebatan kejuruteraan.
  • jom tengok lak gambar bawah ni:

  • gambar 15 : pandangan dari sisi. gambar 16 : pandangan dari atas
  • apa yg korang nampak, ia adalah satu susunan batu.
  • setiap BATU BERAT disusun di bahagian bawah >>> bg aku tujuan utk jadikan asas ala mcm piling bagunan 2...sudah MODEN bukan???
  • setiap BATU RINGAN disusun dgn cermat di sebelah atas dengan cermat dan saling bertindih sehingga setiap satunya lebih menonjol drpd yg dibawah >>> bg aku ia 1 seni arkitek. moden bukan??? 
  • ni gmbar dlm nya >>> hebat bukan???

  • refer gamabr 15, nmpk x bahagian tengah yg paling atas 2??? ia adalah penutup yg diperbuat drpd batu yg boleh dibuka dan ditutup.
Jom kite tengok dari segi ASTRONOMI lk
  • dr segi ni ia sgt mengkagumkan
  • ni kerana ia membenarkan biasan cahaya yang menarik pada solstis musim sejuk
  • sebaik sj matahari muncul, sinaran cahaya matahari menerangi ruang dalamnya..
  • so jd dieorg tahu mengira masa harian & peredaran matahari.
  • jom tgk gmbrnya.just ayat je mane lh paham kn..





  • wah, dh mcm de lampu elektrik lk dlm 2...terang bukan??? ni ilmu astronomi + kejuruteraan mesra alam cz guna tenaga solar...hihihi
walaupun pembinaan 2 nmpk buruk, tp bagi aku ia seperti 1 ARCA yg skrg para pengiat seni buat. kn semue pelik2 belaka..
tapi arca NEWGRANGE ni sgt gah dan berseni..mungkin juga kan..
ni pendapat aku jela.
pe2 pn semua 2 adalah dari ALLAH..Dia yang tahu segalanya apa yg berlaku pd masa dahulu, sekarang, akan datang & selamanya.

sekian sahaja coretan aku utk BUKTI 1ZAMAN BATU : SATU PEMBOHONGAN SEJARAH.

JUMPA LAGI NNT...














Wednesday 18 July 2012

BAHAYA KOREK TELINGA >> JANGAN GUNAKAN PUTING KAPAS


SALAM...& SELAMAT PAGI...

Lari jp wt keje cz nk kongsi 1 hal...
post ni aku copy paste dr mummynemo , promosi
 jom kite bace n kongsi

 

AMALAN mengorek telinga sama ada disebabkan tersumbat atau kotor sudah dianggap biasa. Selalunya putik kapas akan digunakan tetapi dalam keadaan yang lebih ekstrem, pin rambut dan pencungkil gigi turut dijadikan alat untuk mengorek keluar tahi telinga.

Malangnya, putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak membersihkan telinga bahkan berupaya menyebabkan gangguan pendengaran.

Pensyarah Kanan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad menjelaskan, saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian yang menghala ke luar dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

“Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.

“Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci tetapi tanggapan itu salah,” katanya.


Tutur Irfan, lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia dan amaunnya amatlah sedikit.
“Tindakan mengorek telinga hanya menyebabkan proses pencucian lilin telinga terganggu.
“Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini,” ujarnya.

Dalam keadaan biasa, kita akan terasa seperti ada debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Ia ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh ‘petugas’ yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.
“Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.
“Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif,” terang Irfan.


Irfan memberitahu, ada kes yang melucukan seperti hujung putik kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan tertinggal di dalam lubang telinga.
“Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik manakala putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forsep,” jelasnya.

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.

Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.
Hasilnya, seseorang mengalami masalah pendengaran.

“Kaedah rawatan konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari. Ini boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja.

“Lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan terkeluar mengikut arus air tersebut,” katanya.

Bagi sesetengah kes pula, ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan selepas itu barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.

“Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sediakala.

“Cuma pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang,” beritahu Irfan. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


 VS

Thursday 12 July 2012

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

SALAM SEMUA...
post pantas ni adalah dr kesenambungan dr post sebelum ini iaitu 

PENDUDUKAN BUMI DAHULU LEBIH PANDAI & MODEN DR SEKARANG

 jadi kali ini aku nk kongsi dr pembacaan aku n maklumat2. n artikel ni aku copy paste dr INFORMASI.MY 
semoga kite baca & mndapat iktibar dr arkitel ini..


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

PENDUDUKAN BUMI DAHULU LEBIH PANDAI & MODEN DR SEKARANG


ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI...

dh lama aku x tulis blog ni..
so pg ni xde keje sgt, aku nk melontarkn pendapat aku dr pembacaan aku...
pembaca n kwn2 percaya x org dulu lebih pandai & moden dr sekarg???
kalo bg aku,aku percaya..cz byk penemuan yg dr luar jangkaan kita skrg utk buat...
antaranya 

PIRAMID

-aku de la ckit ilmu pembinaan, so aku tgk mcmane org dulu lh bina bgunan sebesar 2 dgn batu2 besar gile tanpa guna teknologi..tul x???
 -skrg org buat umah pn kne guna alat,w/pn seringan2 bahan pn pkai kereta sorong, pe tah lagi nk wt piramid kn guna batu beso2..xkn nk angkat mcm 2 je kn..


-tp utk pengetahuan korg, dalam Al-Quran dh membongkarnya,mcmane firaun wt piramid...nnt aku kongsikn kt korg...


PENEMUAN BATERI ZAMAN PURBA

-Tahukah korg sebenarnya bateri telah lama wujud ? Ianya telah dicipta dan digunakan oleh manusia zaman dahulu. Objek ini ditemui di negara arab lantas membuktikan kemajuan sains dan teknologi pada zaman tersebut.

 Mayat Bergelimpangan Di Kota Kuno Mohenjodaro Mengandung Radioaktif



-Pada rangka-rangka itu terdapat sisa-sisa radioaktif yang tinggi. Begitu pula yang terjadi di kota kuno Kurusetra dan Harappa, kedua kota itu meninggalkan kesan radioaktif yang sama halnya terjadi seperti di Hiroshima dan Nagasaki. Banyak spekulasi menyatakan mengenai kemunculan peristiwa ini, diantaranya ada sebuah spekulasi baru dengan berani menyebutkan bahawa perang Mahabarata adalah merupakan perang NUKLEAR!!
sumber : BLOGAMMAR

BANYAK LAGI BUKTI YG MENUNJUKKAN ORG DAHULU LBH MAJU DR SEKARANG, KALO DE KESEMPATAN, AKU AKAN KONGSIKNNYA..

JADI, BAGI PENDAPAT AKU, ZAMAN BATU YG DI AJAR TIME SEKOLAH DULU ADALAH 1 PEMBOHONGAN. INI KERANA IA INGIN MEMBAWA TEORI SESAT Charles Darwin. AKU DE BACE 1 BUKU & KAJIAN PSL PEMBOHONGAN INI..NNT AKU KONGSIKN SERBA SEDIKIT TENTANG 
"PEMBONGKARAN ZAMAN BATU ; SATU PEMBOHONGAN SEJARAH"

TAPI MESTI KORG TERPIKIR MCMANE KITE X NMPK SEMUE KEMAJUAN DIEORG DULU???KN KN...
DR PEMBACAAN AKU N KEFAHAMAN AKU, MASYARAKAT DULU ALLAH TELAH KURNIAKAN KEPANDAIAN & TEKNOLOGI CANGGIH..
TETAPI DIEORG X MENSYUKURI NIKMAT TERSEBUT & TIDAK TAAT PADA ALLAH DAN RASUL..MAKA DENGAN ITU, ALLAH TELAH MELUPUSKAN SGALA KEMAJUAN YG MEREKA BINA DAHULU UTK MASYARAKAT AKHIR ZAMAN IAITU KITA MENGAMBIL IKTIBARNYA.


















Wednesday 18 April 2012

sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

 ~~post ini sambung dari post yg sebelum ini berkenaan Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk  kepada yg belum bace boleh click pd post ini..post kali ini akan menceritakan sedikit sejarah apa yg Mustafa kemal Ataturk buat ke atas pemerintahan ISLAM. 

sumber : HarakahDaily
http://abusyahirah.blogspot.com,
Gambar ini adalah Gamba r Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!
...
Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya: Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
 

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

~~mari lah kita same-same mengambil iktibar dr sejarah Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk ini... aku bukan baik sgt, aku bkn pandai sgt, aku bukan alim sgt...tp ni sbg peringatan kpd diri aku n diri pembaca luar disana... TQ kpd nuraiman  atas info di atas yg aku baru tahu...

Saturday 14 April 2012

JEJALAN CARI BAJU LAIN DARI BIASA...=P



AHHAAAAAAA.... JUMPE LG UTK JAM KE 2...

 semangat gile aku pagi ni update blog...
cz byk yg aku nk merapu...
sesekali kluar dr skema n info2 menarik...
kali ni info merepek...

fuhhhh...2 3 ari ni aku cari baju yg lain dr biase aku pkai...
pusing punya pusing...dr JJ TEBRAU...bwk ke ANGSANA...
Last skali p JJ BKT INDAH...

Amik ko...kt c2 byk lk pilihan...byk lk yg minat di mata...
cik TUNANG  DYA http://lakaranjiwadya.blogspot.com/ jd penasihat dr jauh...
skrg kn dh moden...pkai wasappp je...
ni la yg agak mnarik mate aku..

 dh pilih 3 yg terbaik...aku pilih lg 2 yg tbaikkkk n posing ckit bg cik TUNANG usha...mane ygyg terrrrbaikkk..

perhhh...posingx hingat...hahahahahaha..
ALAMAK!!!!
aku pkai bju kotak2 nmpk gemuk lk..tp xpe...aku nk try pkai..cz aku dh byk sgt bju jalur2...

so cik TUNANG pilih yg blh kiri...aku pilih yg blh kanan...
so pe lg...aku amik jela yg belah kanan dulu...belah kiri next month lk...hohohoho

2 die penampilan baru aku berbaju kotak2...hahahaha

sekian....

JUMPE LG BULAN DEPAN LK...HAHAHAHAHA

ASSALAMUALAIKUM....

MAC BULAN BUSY AKU... FUHHHH....


ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI...

pe kabo korg??? harap2 masih dpt menikmati pemberian dari Allah iaitu nyawa..

Fuhhhh...lame gile aku x update blog ni...cz tlalu busy gn keje...
 kene summit construction drawing... kne standby drawing...kne p site...kne p meting...
maklum la projek tgh gerak pantas...kontraktor dh kne kejar masa...PRU pn dh nk dkat...
so projek de kait gn gov...so smue kne cepat...
Last week je aku 2 ari bturut2 p site... 
1st day p SEGAMAT...projek 80% hampir siap..& ni la hasilnye..Alhamdulillah...
 

  
area segamat de gk baru nk start...tp x menarik kalo ltak gmbr...ps2 aku p lk KLUANG..
& ni la hasilnye...de la dlm 65% siap...


2nd day p area PULAI, JB & PONTIAN... ni la hasilnye...de la dlm 60% siap...tp developer de x puas ati gn kerja2 die...bos aku pn x puas ati ckit...



tp xpela...bg peluang kt company melayu yg kecik2 ni pengalaman...yg salah kite tegur..Insyaallah akan dtg die lh buat yg terbaikkkkk...

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIII.....

hasil dr site visit ni...abis kete aku calar balar cz masuk ladang...

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........
terpakse la next month kluar duit bg polish kete 2....hohoho....

kla 2 je utk jam ni...jmp di jam lain

WASALAM....hohohoho

Sunday 5 February 2012

SETAHUN DI JPZM...


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
kepada pembace blog aku...
dh lame aku x update blog aku...
dh lame aku x kongsi info...

so ari ni aku nk kongsi 
SETAHUN DI JPZM...

fuhhh...dh stahun aku keje kt JPZM...
de la serba sdikit aku blajar as consultant engineer...
tp aku rase masih byk yg aku xtau...
mcm2 mslh aku jmp...mcm2 penyelesaian aku bljr...

slame stahun aku byk handle projek sekolah agama...
so ni aku kongsi ckit gmbr sekolah agama yg tgh dlm pembinaan...

sekolah agama area masai

sek. agama area kluang

 sek agama dlm ladang

 sek. agama area jb

sek. agama area segamat

sek. agama area pontian...

Alhamdulillah...de la beberape sekolah dh dibina...n de lg yg blum...
insyaallah ia akan dibina nnt...dlm proses...

ape2 pn TQ byk2 kpd team JPZM yg byk membantu aku selame kt JPZM...
Insyaallah aku akn tingkatkn lagi hasil kerja aku...

2 je nk kongsi...cz tibe2 mood ilang lk...=(
kla...

WASSALAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...