...sudut berkongsi ilmu...sudut berkongsi info...sudut bertukar-tukar pendapat & sudut suke-suke...jom follow aku...

Followers

CLICK

Friday, 16 December 2011

KELUARKANLAH ZAKAT BAGI YG BERKEMAMPUAN...

ASSALAMMUALAIKUM....
kt cni aku nk kongsi 1 cara mudah utk berurusan / membayar zakat...
aku dpt ni dr kwn aku yg keje kt pjbt zakat...
skrg sungguh mudah gn adanye INTERNET...
jom usha2 pe PUSAT PUNGUTAN ZAKAT tawarkan....
-----------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua,

Anda hanya perlu layari portal terbaru kami di www.zakat.com.my kemudian anda boleh TAKSIR | BAYAR | SEMAK segalanya memudahkan anda berzakat.
A. PENDAFTARAN

Anda perlu menjadi pengguna sistem kami untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan online kami.

Sila ke https://www.zakat2u.com.my/register.cfm untuk mendaftar sebagai pengguna sistem kami.

B. TAKSIR ZAKAT

Kami menyediakan kalkulator untuk anda membuat TAKSIRAN semua jenis zakat iaitu:

1. Zakat Pendapatan
2. Zakat Perniagaan
3. Zakat Emas
4. Zakat Saham
5. Zakat Kwsp
6. Zakat Wang Simpanan

Anda boleh MENYIMPAN, MENCETAK dan MEMBAYAR rekod taksiran yang telah dibuat.

C. BAYAR ZAKAT

Kami menyediakan kemudahan membayar zakat melalui bayaran terus dan potongan gaji.

Untuk bayaran terus melalui FPX, di bawah adalah senarai bank yang menerima pembayaran terus zakat:-

1. Bank Islam
2. Maybank2u.com
3. Maybank2e.net
4. Hong Leong Bank
5. CIMB Click
6. PBeBank.com
7. RHB Now

Manakala bayaran terus melalui KAD KREDIT ISLAMIK sahaja adalah seperti di bawah:

1. BIMB - Kad BIMB
2. Maybank - Ikhwan
3. Ambank - Al-Taslif
4. Bank Rakyat - Kad Kredit-i
5. BSN - Al-Aiman
6. HSBC - Amanah
7. Al-Rajhi - Kad Caj
8. CIMB Islamic
9. RHB Islamic Kad Kredit-i

Melalui potongan gaji (Skim Thohir) anda hanya perlu mengisi borang online yang disediakan. Kami akan membuat susulan ke atas majikan anda dalam masa 14 hari bekerja untuk proses pembayaran zakat anda.

Sekiranya ANDA perlu panduan menggunakan TAKSIR | BAYAR | SEMAK sila ke :

1. Manual Penggunaan FPX - https://www.zakat2u.com.my/images/ManualZakat2uFPX.pdf

2. Manual Penggunaan Kad Kredit - https://www.zakat2u.com.my/images/ManualZakat2uMIGS.pdf

3. Potongan Gaji Online - https://www.zakat2u.com.my/images/ManualZakat2uPGAJI.PDF

D. SEMAK PENYATA ZAKAT

Anda boleh menyemak dan mencetak rekod pembayaran rasmi dan online di portal kami sebagai rujukan anda.

Anda juga boleh memohon salinan resit dan penyata bayaran zakat anda dan kami menghantarnya melalui pos.

Selain daripada itu anda boleh mengemaskini maklumat terkini anda di menu Profil.

InshaALLAH kami ikhtiarkan yang terbaik untuk kemudahan ANDA, Subhanallah.

Tunaikan zakat dengan mudah di portal PPZ dan TOLONG SEBARKAN DI WALL FB ANDA ATAU EMAILKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA, SAMA-SAMALAH KITA BERDAKWAH

Terima kasih

TAKSIR | BAYAR | SEMAK - www.zakat.com.my 
----------------------------------------------------------------------
TQ kt geng aku aRe'iN (lh usha2 blog die)....
tue je dr aku wt mase ni...semoga bjumpa lg....
SEMOGA KITA TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG WAJIB INI...
WASSALAM....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...